Thursday, January 3, 2013

Welcome 2013.


I wish you a Happy New Year NANA. I hope in 2013 you will be more success and cherish in what ever you do. Sincere from me.

Goodbye 2012 :( :(


Taraaa !! Jejaka jejaka melayu terakhir menghiasi entry pissedoff.com kali ini. ngehehehe~ Assalamualaikum dan selamat malam kalian semuaa :) hemm, dah lama tak menyinggah, malamni tiba tiba ada masa pulak. Harini sudah hari ke-3 untuk tahun 2013, ya Allah lagi beberapa tahun lagi akan jumpa angka 30. Gilaaaa ! Mase bukan lagi berjalan dengan pantas, tapi berlari dengan pantas sebenarnya. Macam tak sangka tapi itulah hukum alam yang kita takkan dapat lari. Masa itu berubah, begitu jugak dengan manusia. Betul tak ? So malamni aku taktau jugak nak citer apa sebenarnya, takpelah just kongsi apa aku nak cerita je eh, mane tahu mungkin perkongsian aku ini boleh di jadikan teladan dan juga pengajaran untuk kalian juga. Okay, kalau kalian tengok gambar di atas, kalian tau tak apa kejadahnya tiba tiba aku and the geng pakai blazer segala tu ? Lol~ Sebenarnya masa tu aku ada kursus untuk perbentangan kertas kerja untuk tahun 2013 ni di Cherening Hills. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Balik aje dari kursus tu, aku demam teruk sehingga la harini. Lembik aku di buatnyaa. Namun, aku tetap bersyukur kerana Allah masih sayangkan aku. Sakit itu sebenarnya penghapus dosa dosa kecil. Apa yang penting selagi mana kita boleh jaga kewajipan kita as a muslim tu, kita mesti tunaikan. Jadi, dah tahun 2013 ini apa azam kalian ? Azam aku untuk tahun 2013 ini, biarlah rahsia. Malas nak digembar-gemburkan sangat, takut mende tu tak realistik. Hidup aku sekarang sudahpun back to normal sama sepertimana aku yang dulu dulu, takde banyak perbezaan pon. Jatuh bangun aku sebelum ini, Allah sahaja yang tahu. Memang saket, perit dan sewaktu dengannya. Tapi aku sangat yakin dengan ketentuan hidup aku, yang mana Allah sengaja berikan aku kekurangan dan kelemahan, sebabnya DIA nak tengok sejauh mana usaha aku untuk dapatkan sesuatu perkara itu. Aku mencuba yang terbaik untuk diri aku sendiri, family aku dan semua yang mengenali diri ini. Cuba untuk perbaiki segala kelemahan yang ada seiring dengan bekalan doa' dan juga usaha. In sha Allah. Termasuk kalian juga, aku doakan semoga azam kalian untuk tahun 2013 ini tercapai dan diberkati Allah. Amin. Sama-sama kita mendoakan kebaikkan kita semua. :)