Tuesday, August 21, 2012

DIA seorang yang aku sangat hargai

SEBELUM
SELEPAS



















Assalamualaikum kalian semua. Alhamdulillah, aku baru je selesai solat subuh. Cuba nak lelap mata balik, jadi macam susah la pulak. Macam mana nak lelap mata dah kalau hati asyik teringat pada si dia. Setiap hari mesti tertanya tanya apa la yang dia buat tu kan ? Okay ke tak dia kat kampung tu ? Harap sangat dia okay semuanya. B rinduu :(. Semalam aku emosi teruk, kalian pon bole paham kan bagaimana perasaan kalau orang yang kita sayang tiba tiba hilang dalam hidup kita. Setiap hari aku menunggu message dari dia dan berharap sgt supaya dia kembali pada aku like usually. Hmmp, kalian mesti naek heran kan, sebabnya ada 2gambar seperti di atas. Sebelum dan Selepas. Apa perbezaannya ? Itulah gambaran diri aku yang mana Sebelum dan Selepas kenal dengan si dia. Gambar yang sebelum tu gambar time aku study di indonesia dulu dulu. Eh kejap egypt kejap indonesia, mana satu ni ? Sebenarnya, memang aku study di kedua dua negara tersebut. Pada awalnya aku ke egypt dulu pada tahun 2005 and then aku balek pada tahun 2008, dan pada tahun tersebut aku dah buat keputusan utk sambung di indonesia (transfer crd). Dan aku grad di indonesia lah. Mesti pelik kan kenapa ? Itu nanti aku akan cerita. Bole ? Kalau kalian perasan, gambar yang sebelum tu, nampak aku macam kurus, tak cukup makan, NERD, serabut, tak tentu arah je kan ? Memang betol, kalau kalian semua nak tahu itulah life aku sebelum kenal dengan si dia ni. Yelah takde orang nak jage, takde orang nak nasihatkan, takde orang ambil berat, so begitulah jadinya. Aku akan buat ikot dan sahaja yang penting aku selesa. Aku memang dari keluarga yang sederhana sahaja, plus masa tu student langsung tak berduet la nak bershopping sana sini kan. Almaklumlah. Pernahlah ketika satu malam tu, tgh duduk borak dgn ibu aku, tiba tiba ibu aku berpesan, "kalau nak cari calon tu, carilah yang bole membimbing sikit". Nak di jadikan cerita taklama lepastu, aku pon kenal lah dengan si dia ni. Masin mulut ibu aku. Bila dah kenal tu, banyak perkara yang si dia berkorban demi aku. Bayangkan, selama 2,3 tahun aku keseorangan akhirnya kebahagian itu datang dalam hidup aku juga.(U light up my life sayang !) Hadirnya si dia dalam hidup aku, hari demi hari buat aku sangat bermakna. Kekuatan dan semangat yang dah lama hilang itu datang kembali dalam hidup aku. Aku sangat sangat happy sehinggalah ke hari ini. Malangnya, kebahagian yang aku rasakan sebelum ini, makin lama makin pudar dan aku berharap sangat supaya ianya berterusan sampai bila bila. Kekuatan dan semangat yang aku ada sekarang semua hanya kerana si dia. Sumpah demi Allah. Dialah seorang yang aku sangat hargai, dan aku takkan mungkin pernah lupa sampai bila bila. Aku masih berdoa agar si dia tenang, dan kembali bersama aku seperti sebelum ini. Aku hanya bole gambarkan kebahagian yang aku rase selepas si dia hadir dalam hidup aku kalau kalian tengok gambar yang selepas tu. Thank you so much Nurulismafarahanna kerana sesungguhnya awaklah seorang teman rapat yang sangat membantu. Awaklah satu satunya semangat yang fami ada skrg. ILOVEU :(

No comments:

Post a Comment