Monday, August 20, 2012

Hari Raya Pertama 2012 bersamaan 1433H.


Assalamualaikum. Today hari raya pertama pada tahun 2012, yang mana raya yang paling tidak bermakna buat aku. Harini aku sedikit emosi. 2minggu lebih emosi aku kurang stabil. Di kala orang laen sibok beraya, di kala orang laen bergembira di hari raya, di kala orang laen bersama tersayang, aku masih mencari, mencari jawapan yang aku sendiri tidak pasti di mana. Di sebabkan tiada siapa tempat utk aku mengadu, so pilihan aku utk meluahkan di dalam PissedoFF.com ni. Untuk entry kalini aku teringin utk berkongsi kenapa aku menulis blog. Biarpun blog aku ni tidaklah sehebat blog blog yang ada di pasaran skrg, tp ianya cukup bermakna buat diri aku. Harini aku memang agak sentimental. Ceritanya bermula, sewaktu aku di EGYPT beberapa tahun yang lalu, aku ada menonton sebuah drama bersiri "KAMI". Drama yang bagi aku sangat best dan jalan cerita yang agak menarik di mata aku. Mengisahkan seorang perempuan, yang sangat berahsia tetapi mempunyai impian yang sangat besar bagi membantu keluarganya. Di pendekkan cerita, sikap perempuan tu, hampir serupa dengan sikap aku. Sebut pasal diri aku, aku ni seorang yang pendiam bila kali pertama bertemu, seorang yang agak susah utk menyesuaikan diri dgn keadaan yang baru, seorang yang tidak suka perkara yang leceh, seorang yang suka bersendiri, seorang yang tidak suka dalam suasana yang bising, ramai orang dan itu bole buat aku tidak selesa, seorang yang panas baran dulunya tp setelah mengenali seseorang aku belajar utk selalu mencari kedamaian, seorang yang jeles tak bertempat, seorang yang senang dgn orang y kelakar, seorang yang cepat terasa, seorang yang susah utk menolak biarpun perkara tu memang aku tidak suke sebenarnya, seorang yang selalu gagal dalam bercinta, seorang yang sombong tp sebenarnya malu, seorang yang susah utk meluahkan perkara yang sebenarnya, tak gentleman, seorang yang tidak suke bilamana di tipu, seorang yang bila tidak senang dengan seseorang aku akan jaohkan diri dengan harapan taknak jumpa lagi, seorang yang tidak suka mengayat dan itu bukan bidang, seorang y senang tahu jika ada orang tak selesa dgn sikap aku sendiri, seorang y paling benci pada orang y baru je kenal tp berlagak mcm hape. Apa y aku mention tadi itulah sebahagian daripada diri seorang insan yang bernama Fahmi Mohammad. Sebenarnya sebab yang pertama aku bole layan drama "KAMI" tu, masa tu si pelakon jelita Juliana Evans baru nak naik kan. jadi ada kawan aku cakap, baek kau layan cerita tu sebab ada pelakon cantek. Okay gatal ! Jadi bila dah tengok tu, lepastu jadi mcm layan jugak drama ni. Apa yang buat aku tertariknya bilamana perempuan yang perahsia tu, selalu meluahkan perasaannya dalam 1diari yang menceritakan segala apa jua yang dah berlaku dalam hidup dia. Baik happy dan juga sedih. So bila aku fikir fikir balek, mcm best je luahkan isi hati dalam 1ruangan khas utk diri kita sendiri. Yelah orang kata pengalaman bukan senang nak dapat. Mungkin akan datang bila kita baca balek apa y sudah berlaku dalam hidup kita sebelum ni, bole di jadikan pengajaran. Ye dak ? Jadi tercreate lah 1blog yang agak merepek iaitu PISSEDOFF.com :) Takpelah, at least ada blog sendiri kan, kau ada ? Okay, kalian mesti tertanya tanya ape benda gamba di atas tu. Itulah sebenarnya salah satu benda y bila aku tengok je, mesti aku igt dia. Itu gift utk aku sewaktu si dia di Singapore tempoh hari. How sweet masa dia bagi kat aku. Ala sedih laaa. Utk entry yang lepas, aku ada shared serba sedikit apa masalah yang aku alami skrg kan ? Kalian tau tak, mari aku bacakan apa y dia message setelah hampir 2 minggu lebih tidak bersapa ni. Message berbunyi, " I dont prepare for this and I dont want us to be like this. ____(nama dia) just buntu. Fami takde buat silap, siyesly. Cume ____(nama dia) yang tak dapat nak jadi yang terbaek tuk fami. Maafkan ____(nama dia) sebab tak dapat nak jadi ur future. Maafkan ____(nama dia) utk segala salah silap ____(nama dia). ____(nama dia) sayangkan awak. Like siyesly. Awak memang terbaek utk ____(nama dia). Everyday ____(nama dia)  berdoa supaya fami bertemu dengan jodoh fami. Sebabnya ____(nama dia) tau bukan ____(nama dia) yang di cipta dari tulang rusuk fami. Fami jgn risau. ____(nama dia) takde orang laen. And i dont want anyone after this. Sebab ____(nama dia) gagal. ____(nama dia) tak dapat nak bagi komitmen pada pasangan. Biarlah Allah menentukan segalanya. Andai ada jodoh kita, inshaallah mungkin di jannah suatu hari nanti. ____(nama dia) nak say terima kasih sebab fami dah banyak ubah ____(nama dia). ____(nama dia) betul betul hargai fami. Awak salah seorang ahli keluarga ____(nama dia) fami. Awak banyak sangat bimbing ____(nama dia). Beruntung cuma ____(nama dia) je yang tak pandai nak menjaga hati dan perasaan awak. ____(nama dia) mintak maaf. Sumpah raya tahun ini ____(nama dia) tak rasa pape. Kosong. ____(nama dia) mintak maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. Halalkan makan minum ____(nama dia). Awak jaga diri elok elok, inshaallah one day awak akan dapat yang terbaek dari ____(nama dia). Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin :)" Ya Allah, dalam masa yang singkat dan tanpa berfikir panjang, dia melepaskan aku. Swear, aku masih sayangkan dia. Langsung tak expect jadi mcmni. Boo, b rindu kat awakkkkk. B rindu nak bersama dgn awak. Kenapa buat fami sampai mcmni ? Awak tak menyesal ke ? Kenapa awak buang fami mcmni ? Mana sikap awak yang dulu ? Sikap awak yang masa mula mula fami kenal tu ? Kenapa dulu fami bole bertahan tp skrg awak tak ? Banyak perkara fami belajar dari awak. Fami harap awak bole hitung balek masa mula mula kita kenal, sehingga sekarang. Mcm mane langkah demi langkah kita bertahan, takkan skrg awak senang utk putuskan ? Shit, aku tak bole nak cerita lagi. Ya Allah........zz :( :(

No comments:

Post a Comment