Saturday, August 4, 2012

bulan pose, ada org gembira dan ada juga org berduka. tahun ini, saya agak berduka.


Fuhhhh !! bersama saya Fahmi Mohammad. hehe~ mengade ngada kan ? takpe, blog ni bukan ada org pon. Dok belek belek gamba tadi, rasa mcm nak upload pulak. Gambar ni masa aku di Seoul Korea tempoh hari. Haa, ni dah lame tak muncul, tibe tibe aje teringin nak meluahkan perasaan. Mesti ada tibe tibe, asal tibe tibe je mesti tulih blog. heh. Alhamdulillah skrg dah bulan ramadhan, ada kala org mengambil peluang utk perbanyakkan ibadat pada bulan y mulia ni. Dan ada juga y langsung tidak terasa kedatangan bulan mulia ini. Korang bole pilih korang di dalam golongan y mana. Skrg ni dah malam ke-15 berpuasa. Jadi, kepada sesiapa y pegi menunaikan taraweh tu, jgn lupe solat witir ada qunut. Okay, tadi dah pendahuluan, skrg kita masok topik apa nak aku nak share mlmni. Pertama, aku sangat bersyukur kepada Allah yang mana tahun ini, dalam sejarah aku beraya dgn kereta aku sendiri. Nak tau kereta apa ? TAKPAYAH ! Yelah, berbeza sangat dgn bulan puasa y lepas lepas. Segala benda pon takde. Macam tak syok la, duet takde, awek pon takde. Tapi utk raya kalini, rasenya agak berbeza lah sikit kan. Bukan aku nak show off tapi, just nak share kan, kata org " Sharing is Caring but sometime Sharing is Killing ". Biler sebut pasal awek tadi tu, hmmp entahlah. Sebenarnya, aku dgn si dia tgh selisih paham skrg ni. Masok harini dah 4hari tak bertegor sapa, bertanya kabar segala macam. Ya Allah, rase lemaahhhhh sangat. Bayangkan, kami ni jenis y all the time bergayut berBBM ape sumer. Then, bila bergaduh ape semua ni dah rase macam setahun tak bertegor. Dahsyat beb kuasa cinta. Ramai org kata, cinta itu kejam tp sebenarnya cinta itu tak kejam, cume org itu sendiri y tak pandai menilai cinta ni. Hahaha~ tak memasal masok tema hindustan. Jgn lah geli, ala mcm tak biasa pulak. Dah almost 2tahun kami bersama. Bulan puasa tahun lepas pon bgaduh, masok tahun ini ingat taknak la sampai gadoh gadoh ape sumer ni kan, tup tup bgadoh jugak. Kadang tu biler pusing pusing bandar kuantan ni, tengok org happy aje nak raya ni, shopping la, buka puasa bersama lah. Aku tak berminat utk menyalahkan sesape disini, mungkin silap itu pon datang drp keburukan aku sendiri kan ? Sedih lah. Biler tengok si dia tu, rasanya dah macam yelah aku redha sahaja dgn apa jua keputusannya. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan, betol tak ? Jadi, kalau itu kemahuannya, aku takkan heret dia lagi utk teruskan perhubungan ini. Benda ni kalau di paksa paksa pon, mcm not nice lah kan. Bak kata aaron aziz, cinta ini lahir dari hati. Sorry la semua, mlmni aku terpaksa share perasaan aku. Sbbnya, dah takde sape dah aku nak share perasaan ni. Untunglah korang y mana still bersama tersayang. Macam macam masalah y aku alami skrg ni. Masalah personal, masalah kerja, masalah kawan, balek umah kene bebel lagi dgn mak ayah, sampai STRESS dibuatnya. Yelah nak kata masalah ni, semua org ada masalah. Jangan kita hidup dgn masalah sudah, maksud aku masalah pasti akan datang, tp y jelas setiap masalah mesti ada penyelesaiannya. Kalian doakan lah y terbaek buat kami eh. Itu pasal personal, ni nak citer pasal kerja pulak. Aku bekerja dalam bussiness punye line. Sebot pasal bussiness, mesti ada pasang surutnya. Kebetolan aku ada la jawatan y di sandang kan, so biler tak achieve target je, bigboss mesti hantam aku. Reputasi kurang memberangsangkan lah, momentom dah hilang tah kemana, isk. saba jelah. Staff aku skrg dah macam macam perangai dah aku tengok. Buat pon ikot dan je. Giler giler. Macam mana nak focus ? Terpaksa lah aku kuatkan jugak semangat, hati, nak lari drp segala masalah. Cerita dia senang je, dekatkan diri dgn Allah. Kalian jgn rasa menyampah pulak dgn aku lepasni, biasalah kan hidup kita ni dia rotate. Kadang tu happy, kadang tu sedey, kadang tu di atas, kadang tu di bawah. Semua itu sudah tertulis. Takpelah, mungkin apa y aku share harini sedikit sebanyak bole jadikan tauladan, dan aku doakan kalian semua tenang dan menikmati hidup ini selagi mana kalian bernafas. Selamat Bersahur semua..:(

No comments:

Post a Comment